::..kerabat Ꮅrincess Ꮇimi™..::

Orang comel selalu busy ~

Bila entah nak ada masa macam dulu-dulu. Nak edit itu ini. Nak bermain dengan code html bagaii. Mimi teringin nak mekapkan blog mimi ni lagi sekali. Tapi, itulah.. Tunggu masa yang sesuai baru kita boleh main edit² ni.

Buat masa ni, masa memang tidak mengizinkan. Sebab apa? Sebab mimi makin busy. Haha. Busy je kan? Tapi, kali ni memang bebetul busy.

Dengan tugas hakiki dan hobi. Ops. Hahaha. Korang jangan fikir bebukan okey? Doakan yang baik-baik je. Aamiin.

Ni mujur boleh update blog by phone je. Mentang-mentang hp dah canggih sekarang ni kansss. Hahaha 😂

Taklah. Tapi, aplikasi blog bila kat hp sangat mudah untuk kita update post baharu. Actually, mimi baru tahu ni. Tak tahulah if korang dah lama tahu. Tu yang mimi teruja seminggu dua ni nak update blog. Haha.

In shaa Allah, lepas ni maybe mimi akan aktif semula menulis entry. Ni pun baru ada masa. Tadi pagi sibuk dengan client yang risik² project di Negeri Sembilan, sibuk reply pm pendaftaran ejen yang baharu. Lepas tu, lepas tu, busy dengan plan bisness yang akan datang. Hoping semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Aamiin ❤

Mimi pun mendoakan korang yang membaca entry kali ni dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Oh, ya! Untuk korang yang mana tengah nak cari rumah pertama kedua ketiga kesepuluh ke.. Korang boleh follow and dm mimi kat instagram ye. Mimi akan bantu. In shaa Allah :)

— Che Mimi ❤

Ni ig mimi. Yang mana ada ig tu..
Meh follow kiter 😊


Pelik kan?

Lately..

Mimi peliklaa. Hahaha. Tak tahu nak start dari mana. Tapi, mimi kena share jugak kat sini. Bagi hilang sikit rasa gemuruh tu. Matilanakk. Hahaha.

Macam ni. Baru je terjadi ni dalam kelmarin macam tu.. Mimi ada termimpikan someone. Tapi, mimi macam ingat tak ingat orang tu. Maybe mimi pernah kenal dia. Tapi, tak begitu rapat kut. Entahlah.

Dalam mimpi tu, mimi pergi kelantan. Sampai je sana, tahu² je dia ada. Bila mimi balik ke johor, eh.. Dia ada lagi. Mimi ada tanya dia. Tak penat ke asyik ikut mimi? Dia diam je weh. Mimi tak pandang langsung pun muka dia. Sebab mimi rasa nervous. Segan pun ye jugak masa tu. Hahaha.

Rentetan dari mimpi tu..

Malam tadi, mimi mimpi orang yang sama. Dan mimi pasti dia adalah orang yang sama. Sebab perasaan tu masih sama. Perasaan selesa dan hati berbunga-bunga.

Dalam mimpi kali ni, berlatar belakangkan masjid macam tu. Maybe masa tu mimi tengah join umrah rasanya kut. Mimi terserempak dengan dia lagi! Adoi.

Mimi tak tahu apa yang mimi patut buat masa tu. Rasa gemuruh giler macam nak pergi interview. Mimi berani kan diri untuk pandang dia. Bila mimi pandang dia kan.. Emm.. Rupanya.. Dia orang yang mimi pernah suka dedulu.

 Allahu ❤

Dalam mimpi tu, mimi dengar dengan jelas. Dia sebut nama dia. Ya, betul lah dia yang hadir dalam mimpi kelmarin. Berdegup kencang jantung ni rasa. Rasa macam tak percaya. Dah nama pun mimpi. Kah³.

Tapi, ini adalah antara mimpi terindah yang hadir dalam hidup mimi weh. Entah apa petanda tu mimi tak berani nak ulas apa². Allah lebih tahu. Hoping, biarlah benda yang baik-baik je.

Mimi ada dengar.. Ustaz kata, kalau kita mimpi orang tu.. Maksudnya, dia rindu kita. Takkan dia rindu kita kuttt? Eheee.. Merepeknya lahaii 😂

Untuk awak, kalau rindu mimi.. Kirimlah doa banyak². Moga kita dipertemukan semula di alam nyata. Gitu ~



— Che Mimi ❤

#MencariKelainan


Ada orang tanya mimi. Tak rindu ke nak menulis kembali macam dedulu? Ishh³..

Jujurnya, memang mimi rindu untuk menulis macam dahulu kala. Mimi rindu nak main² html code bagaii. Nak edit setiap benda yang comel² untuk di letakkan dalam blog. Mimi rindu dengan semua tu 😭😭

Tapi, apakan daya.. Mimi dah tak banyak waktu macam dedulu. Yelah, kesibukkan dengan real life. Banyak benda kena uruskan, selesaikan. Semakin meningkat usia, semakin banyak komitmen. Betul tak? Macam² benda nak buat, nak fikir lagi. Kadang masa untuk diri sendiri pun tak ada! Hahaha. Korang leh bayangkan.. Sibuknya mimi cemana kan? Ada orang kata mimi sibuk mengalahkan pm. Can't brainlaa. Kah³

Apa pun, memang one day.. Mimi mesti akan kemaskan blog ni sekemas²nya. Itu target mimi. Nak edit semula background semua. Adess. Tak mainlaa.. Corak² love bagaii ni. Kadang nak tergelak je bila jenguk blog sendiri.

Hahaha! 😆

Tak apalah, mimi pun tengah mencari ilham baru untuk mimi terjemahkan dalam pembikinan blog ni semula. In shaa Allah. Doakan mimi ye 😉

Biasalah.. Bila dah level² warga emas ni, lain macam sikit citarasa dia. Ehem! Muahaha. Yang mana faham, gelaklaa. Yang tak faham, tak apa 😝

Mimi doakan korang semua dalam keadaan baik² je ye. Dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Aamiin.

— Che Mimi


#KauRasa??

Assalamualaikum and hye to all :)

Lama menyepi dalam blog. Bersawang² spiderman bagaii ni haa. In shaa Allah. Ada masa dan rezeki, mimi akan kemas balik blog kesayangan ni. Maybe ada beberapa post yang lama² mimi hide. It's okay. Hidup mesti diteruskan. Move on katanya. Hahaha ^^

For the first time, mimi dapat log in blog by handphone. Selalunya, kena guna lappy. Tak tahulah pula.. Maybe hp ni canggih sangat gamaknya. Muahahaha. Tak sioman agaknya mimi ni. Lantoklerr 😆

Disebabkan traffic dah tak boleh view, mimi nak tanyalah jugak. Masih wujud lagikah visitor yang setia tu? Kalau ada say 'Hye' kejap kat chatbox comel tu. Kita nak kenal. Opss. Hahaha 😂

Nanti ada masa, mimi akan update blog lagi. Ni pun tengah godeh² lagi nak tukaq email biasa kepada email rasmi mimi. Mencabar betul. Lama tak masuk blog. Segala benda dah tak ingat. Password blog ni pun tu beberapa kali mimi try baru boleh. Adeh 😑

— Che Mimi ❤




Eh.

Pertama kali post tahun 2017 ni. Haha. Sejak tahun 2016 lagi mimi menyepi.
Kan? Kan? Kan? Haha. Rindu blog ni. Dah bersawang-sawang kut rasanya.
Blog working pun tak sempat. Busy kut. Banyak sangat komitmen.

Emm .. Just try log in sebenarnya. Tazzangkaa pulak boleh match email dengan password.
Haha. Korang jangan gelakkan mimi tau. Mimi memang tak ingat password blog ni pun.
Haha. Matilanakkkkk ~~

Apa je yang mimi nak kata untuk waktu ni ..
Nak kata mimi akan kembali ke dunia blogger pun, mi tak dapat janjikan.
Nak kata mimi akan delete blog ni pun mi tak dapat nak sahihkan statement ni.
Just speechless lah kan sebab tazzangkaa sangat dapat log in blog ni. Haha.

Terima kasih buat yang sentiasa singgah bawak rombongan mak jemah ke blog ni.
Jujurnya, mimi terharu bila check traffic. Tak kisahlah korang dari ceruk mana pun.
Ada je yang melawat. Terima kasih sangat-sangat. Mi hargai lawatan korang tu.
Haha.

Lama tak menulis panjang-panjang ni. Nanti ada masa, mi akan selalu update.
In shaa Allah. Ada plan jugak ni nak ubah suai blog. Dependslah caner nanti.
Haha. Still tak leh move on ni. Asyik tersengih je typing post ni. Haha.

Dah 2 tahun menyepi, banyak benda dah berlaku.
Mimi? Buat tak tahu jelah. Malas nak fikir-fikir sangat.
Tak mahu jadi beban dalam hati. Baik move on saja.
Postive sangat kan? Mestilah. Tengoklah anak siapa :p

Jumaat lepas, mi tengok bola JDT vs KEDAH. 
Piala Sumbangsih katanya. Mi pun tak pasti, kenapa entah nama pialanya gitu.
Totally, mi belum puas hati tengok game tu. Haha. Banyak yang perlu diperbaiki.
Sokongan ini tetap utuh dan berterusan buat TMJ dan JDT.
In shaa Allah. Mohon haters jangan muntah darah pulakss ~
Semangat kesukanan yang tinggi kan? Haha.
Wajibul ghunnah tau u olls ~

Adess. Battery lappy pun dah mula surut.
Ada waktu nanti mimi akan update lagi ye.
Jumpa lagi dalam post yang akan datang.


Haha. Gambar di atas tu hanya hiasan je.
Tak ada kena mengena dengan sesiapa.
Hidup bahagia single-mingle sekarang ni.
Opss ~

Tahniah, JDT!

.. Dear Diary,


Fuhhh .. Lama sangat tinggalkan unprivate diary mimi ni.
Dah bersawang-sawang dah. Firefly pun tersangkut kat blog ni.
Apatah lagi, butterfly. Ececehh .. Drama sebabak sekejap.
Hahahaha :D

Serious, lama giler tak buat senaman jari kat entry blog.
Rasa macam makin montel je jari jemari ni. Comel, okey? Ahaks ~
Belek-belek entry yang lepas, memang orang Moscow tu tak respond.
Mi ingat baru nak ajak dinner kat Danga Cruise.
Tapi, dia tak respond. Maka, offer itu mi tarik balik.
Jadi, sila tunggu offer yang akan datanglah ye!
Muahahaha *gelak jahat*

Aduhaii, see! Kesengalan masih terserlah.
What should i do? Mi selesa jadi diri mi sendiri.
Tak retilah nak jadi diri orang lain -_-"
This is me :)

Ehem!
Mi rasa, korang tentu dapat agak mi nak story pasal apa hari ni kann ..
Ya, mestilah nak story tentang kemenangan team kesayangan mimi tu.
Siapalah kalau bukan JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT).
Haaa .. Game last night memang puas hati.
Teruja kut. Tersenyum je depan tv.
Sambung tersenyum sampai hari ni.


Alhamdulillah, JDT sekali lagi melakar kejayaan.
Cukup bersyukur, walau ramai yang benci JDT.
Ramai yang perlekehkan kemampuan JDT.
Tapi, tidak sedikit pun semangat JDT tercalar.
Syukur, Alhamdulillah :)

Korang ..
JDT menang atau kalah, tu bukan issue.
Yang penting ..
Sokongan tetap diteruskan.
Nah, ini untuk semua fans JDT ;)



Luaskan kuasamu ..
Harimau selatan ..
Yeahh ^^,


#sambung senyum lagi :)



Let's be my friend :)

.. Dear Diary,


Dear all kind readers ..
I just curious.
Whenever i look at my blog traffic visitor, there is a person who got my special attention.
From my blog traffic visitor, i know that this person always look for
my blog from Moscow City, Russia in every single day.
I just wondering, who is that person actually?
Do i know you? Is there any of my catchy entry for you?
I am just curious want to know who are you and why you do so.
It does not mean i ask you to stop to visit my blog, but i just wonder why?
Hmm .. No hard feeling ya ^^
For that person who view my blog from Moscow City and everyday of your life ..
Please kindly respond comment below this entry, not at the mini chatbox.
Okay?

Alright, this entry special for you my lovely visitor :)
Let's be my friend ^^



#sorry, entry full english version.
korang suruh ler pakcik google translate kan T_T

.. Adam ♥ Hawa :) ..

.. Dear Diary ,

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian . 
Saat Adam sedang tidur lena ,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa .
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan
saat menemukan WANITA untuknya ,
dia tidak lagi merasakan kekosongan di hatinya ♥♥
 
info**get well soon Mɾ.Bαmbαm 
 
 
.. yang menaip entry ni ,




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...